Adab Blogwalking bawak buah tangan...Klik Klik Klik

Tuesday, December 27, 2011

Afdlin Shauki & Harun Salim Bachik rakam filem Boboi, Best Friend Forever


Terkini tentang Boboi Maharaja Lawak Mega
Jenama BoBoi bukan shj berada di pentas ML Mega
malah BoBoi akan merakamkn filem
serta berusaha menghasilkn animasi & komik BoBoi
nampaknye animasi BoboiBoy akan bersaing la nanti




BELUM pun sempat pentas Maharaja Lawak Mega (MLM) berakhir, tuah nampaknya sudah menyebelahi kumpulan Boboi yang sudah mula mengorak langkah lebih jauh ke depan.
Sama ada mampu bergelar juara atau sebaliknya, Boboi akan terus abadi di fikiran peminat selepas ini.
Tidak mahu nama Boboi terus dilupakan selepas MLM melabuhkan tirai Jumaat ini, kini dua penggerak utama Boboi, Afdlin Shauki dan juga Harun Salim Bachik, optimis jenama tersebut mampu melangkah lebih jauh.
Berdiri di atas keyakinan tersebut, Boboi bakal memulakan penggambaran filem Boboi, Best Friend Forever (Boboi, BFF) pada penghujung Januari nanti.
Image Detail

Belum menyenaraikan mana-mana lagi pelakon yang bakal terlibat dalam filem itu, Afdlin Shauki selaku pengarah, turut menunjukkan minat untuk menggunakan khidmat beberapa individu yang terlibat dalam MLM.
"Mungkin Datuk AC Mizal akan berlakon sekali di dalam filem Boboi BFF nanti.
"Selain itu, saya juga berminat untuk menjemput Osbon dan juga Adlin untuk turut bersama-sama memeriahkan lagi filem tersebut.
"Malah, kalau boleh, kami juga nak ajak Datuk Chef Wan sekali," ujarnya kepada Hits baru-baru ini.


boboi maharaja lawak mega Maharaja Lawak Mega Minggu Pertama


Malah, jika tiada aral melintang, jenama Boboi juga akan turut direalisasikan dalam bentuk animasi dan juga komik.
Mengakui kini mereka sedang bekerja keras dalam memastikan nama Boboi terus subur, Afdlin dan Harun bersependapat bahawa genre komedi sebenarnya sangat berpotensi untuk diperkembangkan.
Menjadikan platform MLM sebagai salah satu langkah promosi jenama Boboi, dalam masa yang sama, mereka juga sebenarnya cuba membawa sifat komedi itu untuk diterjemahkan agar dapat diterima oleh seluruh lapisan masyarakat dan juga umur.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...