Adab Blogwalking bawak buah tangan...Klik Klik Klik

Thursday, February 16, 2012

Orang Media Rindu Hidup Orang Geologist

Lama tak update kisah hidup...
hurmmm...kisah terbaru ye...

Salam semua..
Sekarang ni aku agak sibuk menguruskan kerja di agensi media (Infinite Media & Communication). Kesibukan menyusun atur file dan akaun syarikat, sebab nak convert daripada Enterprise kepada Sendirian Berhad. Mungkin kalau yang ingat lagi KHB atau bisnes study dulu2, syarikat Sdn Bhd ni boleh membuat pinjaman yang besar daripada bank, sejajar dengan matlamat syarikat untuk membuat Billboard iklan di tepi2 highway seperti BigTree dan memiliki production set studio sendiri. Ditambah pula dengan pencarian pekerja marketing cum media exec, dan aku perlu melatihnya, kemungkinan besar untuk menggantikan tempat aku.

Hmmm..aku rasa aku rindukan hidup Geologist aku, bermain dengan batu, mineral, sumber alam, sama macam zaman aku belajar geologi di UM dulu. Kenangan fieldwork di Kemaman, Penjom Kuala Lipis, Ipoh, Mersing, Kota Bharu tersingkap balik dalam file2 lama memori ni. Walaupun Owner/Chief Of Director Saada Group meletakkan harapan yang tinggi untuk aku menerajui agensi media tu, tapi aku rasa macam tak kena je dengan Degree Geology aku, aku bukan budak marketing/bisnes mahupun mass comm.

Oleh itu aku telah reconnect kembali dengan rakan2 geology lain. Aku mencari-cari peluang keemasan dalam bidang geologi, mungkin bekerja di Petronas, Penjom Gold Mine, Geotechnical Services, atau Halliburton. Setakat ni itu lah company yang ada kekosongan dengan tawaran posisi Geologist/Oil Well Engineer. Kalau nak tunggu SPA panggil graduan biasiswa JPA macam aku ni memang bertahun lagi la kot. Lagipun apa celop kerja kerajaan, swasta lagi sempoi..HoHoHo..Mak aku staf kerajaan, Sshhh...Hehehe

Bila En.Ramlan, partner syarikat tu tahu je aku nak berhenti dan masuk geologist, terus dia nak naikkan gaji, almost double katanya. Tapi aku lebih kejar minat geology aku daripada client media yang kadang2 merumitkan dan membotakkan kepala bos aku.HaHaHa... Apa-apa pun aku tunggu panggilan syarikat yang perlukan geologist seperti aku. Jika ada rezeki aku di sana, aku pergi. Jika tidak, aku stay je lah jawabnya. HeHeHe..

Alhamdulillah baru-baru ni aku hadirkan diri ke kenduri kahwin kawan baik aku, Yassir Razali, dulu aku suka panggil dia Yassir Arafat masa sekolah rendah. Kih3..tak sangka dia pelajar Medik di mesir (biasiswa JPA), wife dia pun student medik Mesir tajaan JPA. Mesti korang pelik kan camne la JPA bagi kahwin, siap JPA bagi elaun keluarga lagi. Khas kot untuk pelajar tajaan luar negara. Kebetulan pula, masa wedding day yassir kat Masjid UNITEN, aku jumpa kawan2 lama sekolah rendah sekali.Apa lagi reunion la kan. Akan datang, 18Feb ni kami reunion kat futsal cyberjaya. Alamak, kaki aku ni bedung lagi ke nak main bola macam zaman sekolah dulu, masa study kat UM pon tak sentuh futsal.

Perghh..kalau cikgu BM aku baca la karangan hidup aku ni, pasti dia rotan aku cukup2. Tatabahasa nya tunggang langgang. Anyway, selamat malam sume.

Monday, February 13, 2012

Salam Hari Kekasih, patuhi lampu isyarat

Salam...14 januari..ramai la nak wish valentine's day kat kekasih itu ini..macam banyak pulak gf/bf die.."̮ ƗƗaƗƗaƗƗa "̮ ƗƗaƗƗaƗƗa "̮ ƗƗaƗƗaƗƗa "̮.. Tapi kawan aku yang dah kahwin sume post hari isteriku..seronok la wife dia dapat coklat dengan jambangan bunga gedabak2.. Itu tak masuk lagi dengan candle light dinner kat restoran sedap2..hihihi..

Bagus laa kalau berbahagia dengan orang tercinta. Bila fikir2 balik,kesian dengan insan yang kemalangan semalam.. Time aku on the way ke UM, berhenti kat trafik light,tengok2 ada accident. Motor dia dah pecah kat side kiri..ada makcik ni bagitahu motor tu kena langgar dengan kereta. Siapa langgar lampu merah?? Haa..kereta tu langgar lampu merah.. Haish malang memang tak berbaur. Penunggang motor tu ikot peraturan lampu isyarat pon kena langgar buta2 camtu..haishhh..kesian...

Saturday, February 4, 2012

SnowFlake time in Midvalley

 


Hoiii..hehehe..program malam sabtu ni, berBowling dan tengok muvi Chronicle..
Sementara menunggu muvi time, jom kita cari makan..
Hoo..satu-satunya tempat yang ramai kawan cina makan,tapi aku belom try lagi, SNOWFLAKE..
Banyak review yang best-best pasal makanan ni.
So jom kita try, eh, aku try, korang tengok je gambar tu okey. =P
Okey..Aku nak order ni, "Can I have the best selling food in Snowflake?"
Huhu, speaking english,ehemmm..so aku order Taroballs series. Hanya RM6.90 untuk semangkuk.
Dalam tu ada sweetpotato, grass jelly, creamer,etc.
 Dah bayar tu,aku dapat piring UFO, okey,apa benda ufo ni? Aku pon duduk tunggu order siap.
Opocooott !! (Ha,bukan aku melatah)
Tetibe UFO tu bernyala2 n VIBRATE !
Wooo, canggih..rupe2nya bila order siap,UFO tu akan bergetar dan berkelip2.
Okey,amik order.
Looks nice right ? Hehehe..

Ittadakimasu....
Mmmmmmmmm...

Friday, February 3, 2012

Sabtu Ku di Tesco

Assalamualaikum..haa,tak jawab berdosa,kalau jawab saaaayang..hahaha
(Terikot2 Maria Elena)
Sabtu PaGi ni aku memang bangun lambat..semalam balik lewat pagi,lepak kat maple ss14. Makan nasi lemak,sate dan Bandung Soda gelas besar. Ada perkara yang tak suka aku tengok telah berlaku didepan mata aku semalam. Sorang ibu ni boleh nak tampar anak kecik ni yang tak tahu apa itu salah benar. Budak kecik tu baru dalam lingkungan 4-6 tahun. Dia masukkan tangan dalam mulut,normal la budak kecik kemam jari,lapar la tu. Kalau ibu budak tu pandai, tarik je tangan budak tu,bagi dia makanan ke,tak perlu nak tampar2. Kesian dia dah nangis. T_T
So nasihat aku, "kalau tak reti jaga anak kak,tak perlu beranak". Geram aku tengok. Fuhhh..

Haa, cite pasal pagi sabtu aku, jeng jeng.. Aku kat Tesco, dengan mama & baqir. Dah berapa bulan tak temankan mama beli belah barang rumah. Aku breakfast nasi lemak apa entah pagi tadi, tak sodap. So aku cakap,"kalau tak reti masak sedap2,jangan bukak kedai kak".perghhh..

Sesampai je kat tesco, terus cari waffle,corn in cup, aiskrim rm1..Slurrppp..hihi..okey. Dah boleh sambung beli barang..tengok list barang jap. Hmmmm..kokokrunch,tropicana twister,nescafe gold,durian, pisang, french fries, ayam,ikan,sayur, blaa blaa blaa.. Done !

Oooh..lupe nak bagitahu, Salam maulidur rasul ye sume..seronok la dapat bercuti 4 HARI.. Weehuuu.. ^_^
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...