Adab Blogwalking bawak buah tangan...Klik Klik Klik

Thursday, February 16, 2012

Orang Media Rindu Hidup Orang Geologist

Lama tak update kisah hidup...
hurmmm...kisah terbaru ye...

Salam semua..
Sekarang ni aku agak sibuk menguruskan kerja di agensi media (Infinite Media & Communication). Kesibukan menyusun atur file dan akaun syarikat, sebab nak convert daripada Enterprise kepada Sendirian Berhad. Mungkin kalau yang ingat lagi KHB atau bisnes study dulu2, syarikat Sdn Bhd ni boleh membuat pinjaman yang besar daripada bank, sejajar dengan matlamat syarikat untuk membuat Billboard iklan di tepi2 highway seperti BigTree dan memiliki production set studio sendiri. Ditambah pula dengan pencarian pekerja marketing cum media exec, dan aku perlu melatihnya, kemungkinan besar untuk menggantikan tempat aku.

Hmmm..aku rasa aku rindukan hidup Geologist aku, bermain dengan batu, mineral, sumber alam, sama macam zaman aku belajar geologi di UM dulu. Kenangan fieldwork di Kemaman, Penjom Kuala Lipis, Ipoh, Mersing, Kota Bharu tersingkap balik dalam file2 lama memori ni. Walaupun Owner/Chief Of Director Saada Group meletakkan harapan yang tinggi untuk aku menerajui agensi media tu, tapi aku rasa macam tak kena je dengan Degree Geology aku, aku bukan budak marketing/bisnes mahupun mass comm.

Oleh itu aku telah reconnect kembali dengan rakan2 geology lain. Aku mencari-cari peluang keemasan dalam bidang geologi, mungkin bekerja di Petronas, Penjom Gold Mine, Geotechnical Services, atau Halliburton. Setakat ni itu lah company yang ada kekosongan dengan tawaran posisi Geologist/Oil Well Engineer. Kalau nak tunggu SPA panggil graduan biasiswa JPA macam aku ni memang bertahun lagi la kot. Lagipun apa celop kerja kerajaan, swasta lagi sempoi..HoHoHo..Mak aku staf kerajaan, Sshhh...Hehehe

Bila En.Ramlan, partner syarikat tu tahu je aku nak berhenti dan masuk geologist, terus dia nak naikkan gaji, almost double katanya. Tapi aku lebih kejar minat geology aku daripada client media yang kadang2 merumitkan dan membotakkan kepala bos aku.HaHaHa... Apa-apa pun aku tunggu panggilan syarikat yang perlukan geologist seperti aku. Jika ada rezeki aku di sana, aku pergi. Jika tidak, aku stay je lah jawabnya. HeHeHe..

Alhamdulillah baru-baru ni aku hadirkan diri ke kenduri kahwin kawan baik aku, Yassir Razali, dulu aku suka panggil dia Yassir Arafat masa sekolah rendah. Kih3..tak sangka dia pelajar Medik di mesir (biasiswa JPA), wife dia pun student medik Mesir tajaan JPA. Mesti korang pelik kan camne la JPA bagi kahwin, siap JPA bagi elaun keluarga lagi. Khas kot untuk pelajar tajaan luar negara. Kebetulan pula, masa wedding day yassir kat Masjid UNITEN, aku jumpa kawan2 lama sekolah rendah sekali.Apa lagi reunion la kan. Akan datang, 18Feb ni kami reunion kat futsal cyberjaya. Alamak, kaki aku ni bedung lagi ke nak main bola macam zaman sekolah dulu, masa study kat UM pon tak sentuh futsal.

Perghh..kalau cikgu BM aku baca la karangan hidup aku ni, pasti dia rotan aku cukup2. Tatabahasa nya tunggang langgang. Anyway, selamat malam sume.

2 comments:

  1. wah dah jadi org media rupernyer...tahniah2 dah bekerja..semoga dapat kerja yang diimpikan..yang penting jangan putus asa..doa banyak2 gud lak fren!

    ReplyDelete
  2. aslkum.. u have so nice blog ...bleh sy follow u? if can pls follow me back ya.. thx =_=
    http://slapmestore.blogspot.com/

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...